CEMPAKA
Cempaka,
aduhai bunga penghibur lara
tempat
cinta duduk bersemayam
sampaikan
pelukku, wahai kusuma
pada
adinda setiap malam.
Sungguh
harum sedap malam
sungguh
pelik bunga kemboja
tetapi
tuan, aduhai pualam
pakaian
adinda setiap masa.
Sungguh
tak kelihatan ia berbunga
cemp[aka
tersembunyi dalam sanggul
tetapi
harumnya, aduhai kelana
di dalam
rambut duduk tersimpul.
Amat
bersahaja cempaka bunga
putih
arona, hijau nen tampuk
pantas
benar suntingan adinda
terlebih
pula di sanggul duduk.
CEMPAKA MULIA
Kalau kulihat tuan,
wahai suma
kelopak terkembang
harum terserak
hatiku layu sejuk
segala
rasakan badan tiada
dapat bergerak
Tuan tumbuh tuan hamba
kembang
di negeriku sana di kuburan abang
kemboja bunga rayuan
hatiku kechu melihat
tuan
Bilamana beta telah
berpulang
wah, semboja
siapatah kembang
di atas kuburku, si
dagang layang?
Kemboja, kemboja
bunga rayuan
hendakkah tuan
menebarkan bibit
barang sebiji di
atas pangkuan
musafir lata malang berakit?
Melur takku mahu
mawar takku suka,
sebab semboja dari
dahulu
telah kembang di
kubur bonda
kemboja bunga rayuan
musafir anak
Sumatera
Pulau Perca tempat
pangkuan
bilamana fakir telah
tiada.
PURNAMA RAYA
Purnama raya
bulan bercahaya
amat cuaca
ke mayapada
Purnama raya
gemala berdendang
tuan berkata
naiklah abang
Purnama raya
bujang berbangsi
kanda mara
memeluk dewi
Purnama raya
bunda mengulik
nyawa adinda
tuan berbisik.
Purnama raya
gadis menutuk
setangan kuraba
pintu diketuk
Purnama raya
bulan bercengkerama
beta berkata
tinggallah nyawa
Purnama raya
kelihatan jarum
adinda mara
kanda dicium
Purnama raya
cuaca benderang
permata kekanda
pulanglah abang...
BUAH RINDU 1
Dikau sambur limbur
pada senja
dikau alkamar
purnama raya
asalkan kanda
bergurau senda
dengan adinda tajuk
mahkota.
Dituan rama-rama
melayang
didinda dendang
sayang
asalkan kandaa
selang-menyelang
melihat adinda
kekasih abang.
Ibu, seruku ini
laksana pemburu
memikat perkutut di
pohon ru
sepantun swara
laguan rindu
menangisi kelana
berhati mutu.
Kelana jauh duduk
merantau
di balik gunung
dewala hijau
di Seberang laut
cermin silau
Tanah Jawa mahkota
pulau...
Buah kenanganku
entah ke mana
lalu mengembara ke
sini sana
haram berkata
sepatah jua
ia lalu meninggalkan
beta.
ibu, lihatlah anakmu
muda belia
setiap waktu
sepanjang masa
duduk termenung
berhati duka
laksana Asmara kehilangan seroja.
Bonda waktu tuan
melahirkan beta
pada subuh kembang
cempaka
adakah ibu menaruh
sangka
bahawa begini
peminta anakda?
Wah kalau begini
naga-naganya
kayu basah dimakan
api
aduh kalau begini
laku rupanya
tentulah badan
lekaslah fani.
BUAH RINDU 2
Datanglah engkau
wahai maut
lepaskan aku dari
nestapa
engkeu lagi tempatku
berpaut
di waktu ini gelap
gulita.
Kicau murai tiada
merdu
pada beta bujang
Melayu
himbau pungguk tiada
merindu
dalam telinganku
seperti dahulu.
Tuan aduhai mega
berarak
yang meliputi
dewangga raya
berhentilah tuan di
atas teratak
anak langkat musafir
lata.
Sesaat sekejap mata
beta berpesan
padamu tuan aduhai
awan
arah menatah tuan
berjalan
di negeri manatah
tuan bertahan?
Sampaikan rinduku
pada adinda
bisikkan rayuanku
pada juita
liputi lututnya muda
kencana
serupa beta memeluk
dia.
Ibu, konon jauh
tanah Selindung
tempat gadis duduk
berjuntai
bonda hajat hati
memeluk gunung
apatah daya tangan
tak sampai.
Elang, Rajawali
burung angkasa
turunlah tuan barang
sementara
beta bertanya
sepatah kata
adakah tuan melihat
adinda?
mega telahku sapa
mergastua telahku
tanya
maut telahku puja
tetapi adinda
manatah dia!
BUAH RINDU 3
Puspa cempaka konon
kirimkan
pada arus lari ke
laut
akan duta kanda
jadikan
pada adinda kasih
terpaut.
Teja bunga seroja
dalam taman
kemala hijau di atas
mahkota
orang berikan pada
kekanda
tiada kuambil kerana
tuan.
Adakah gemerlapan
bagi kemala
adakah harum lagi
seroja
pada beta tumpuan
duka
sebab tuan lalu
mengembara.
Tuan lalu tiada
berkata
haram sepatah
sepantun duli
kanda tinggal
sepenuh wangsangka
pilu belas di dalam
hati.
Hatiku rindu bukan
kepalang
dendam beralik
berulang-ulang
air mata bercucur
selang-menyelang
mengenangkan adik
kekasih abang.
Diriku lemah
anggotaku layu
rasakan cinta
bertalu-talu
kalau begini
datangnya selalu
tentunya kekanda
berpulang dahulu.
Tinggalah tuan,
tinggalah nyawa
tinggal juita tajuk
mahkota
kanda lalu menghadap
"dewata"
bertelut di bawah
cerpu Maulana.
Kanda pohonkan tuan
selamat
ke bawah kaus dewata
rahmat
moga-moga tuan
hendaklah mendapat
kesukaan hidup ganda
berlipat.
BUAH RINDU 4
Kalau kekanda duduk
menyembah
duli dewata mulia raya
kanda pohonkan
untung yang indah
kepada tuan wahai
adinda.
Kanda puja dewa asmara
merestui remaja adik
kekanda
hendaklah ia
sepanjang masa
mengasihi tuan intan
kemala
Anak busurnya kanda
gantungi
dengan seroja
suntingan hauri
badannya dewa kanda
lengkapi
dengan busur sedia
di jari.
Setelah itu kandapun
puja
dewata mulia di
puncak angkasa
memohonkan rahman
beribu ganda
ia tumpahkan kepada
adinda.
Tinggallah tuan
tinggallah nyawa
sepanjang hari
segenap masa
pikiran kanda
hanyalah kemala
dilindungi Tuhan
Maha Kuasa.
Baik-baik adindaku
tinggal
aduhai kekasih emas
tempawan
kasih kanda demi
Allah kekal
kepada tuan emas
rayuan.....
Kalau mega berarak
lalu
bayu berhembus sepoi
basah
ingatlah tuan kanda
merayu
mengenangkan nasib
salah tarah.
Kalau hujang turun
rintik
laksana air mata
jatuh mengalir
itulah kanda
teringatkan adik
duduk termenung
berhati khuatir.
KUSANGKA
Kusangka cempaka
kembang setangkai
rupanya melur telah
diseri...
hatiku remuk
mengenangkan ini
wangsangka dan was-was
silih berganti.
Kuharap cempaka
baharu kembang
belum tahu sinar
matahari...
rupanya teratai
patah kelopak
dihinggapi kumbang
berpuluh kali.
Kupohonkan cempaka
harum mula
terserak...
melati yang ada
pandai tergelak...
Mimpiku seroja
terapung di paya
teratai putih awan
angkasa...
rupanya mawar
mengandung lumpur
kaca piring bunga
renungan...
Igauanku subuh ,
impianku malam
kuntum cempaka putih
bersih...
kulihat kumbang
keliling berlagu
kelopakmu terbuka
menerima chembu.
Kusangka hauri
bertudung lingkup
bulu mata menyangga
panah asmara
rupanya merpati
jangan dipetik
kalau dipetik
menguku segera.
TUHANKU APATAH KEKAL?
Tuhanku , suka dan
ria
gelak dan senyum
tepuk dan tari
semuanya lenyap,
silam sekali.
Gelak bertukar duka
suka bersalinkan
ratap
kasih beralih cinta
cinta membawa
wangsangka...
Junjunganku apatah
kekal
apatah tetap
apakah tak bersalin
rupa
apatah baka
sepanjang masa...
Bunga layu disinari
matahari
makhluk berangkat
menepati janji
hijau langit
bertukar mendung
gelombang reda di
tepi pantai.
Selangkan gagak
beralih warna
semerbak cempaka
sekali hilang
apatah lagi laguan
kasih
hilang semata tiada
ketara...
Tuhanku apatah
kekal?
TELUK JAYAKARTA
Ombak memecah di
tepi pantai
angin berhembus
lemah lembut
puncak kelapa
melambai-lambai
di ruang angkasa
awan bergelut.
Burung terbang
melayang-layang
serunai berseru
"adikku sayang"
perikan bernyanyi
berimbang-imbang
laut harungan hijau
terbentang.
Asap kapal
bergumpal-gumpal
melayari tasik lautan
jawa
beta duduk berhati
kesal
melihat perahu
menuju Semudera.
Musafir tinggal di
tanah Jawa
seorang diri
sebatang kara
hati susah tiada
terkata
tidur sekali haram
cendera.
Fikiranku melayang
entah ke mana
sekali ke timur
sekali ke utara
mataku memandang
jauh ke sana
di pertemuan air
dengan angkasa.
Di hadapanku hutan
umurnya muda
tempat ashik bertemu
mata
tempat ma'shuk
melagukan cinta
tempat bibir
menyatukan anggota.
Fikiran lampau
datang kembali
menggoda kalbu
menyusahkan hati
mengintagkan untung
tiada seperti
Yayi lalu membawa
diri.
Ombak mengempas ke
atas batu
bayu merayu
menjauhkan hati
gelak gadis
membawaku rindu
terkenangkan tuan
ayuhai yayi.
Teja ningsun buah
hatiku
lihatlah limbur
mengusap gelombang
ingatlah tuan masa
dahulu
adik guring di
pangkuan abang?
KENANGAN
Tambak beriak intan
terberai
kemuncak bambu
tunduk melambai
mas kumambang
mengisak sampai
merenungkan mata
kesuma teratai.
Senyap sentosa
sebagai sendu
tanjung melampung
merangkum kupu
hanya bintang cemerlang
mengambang
diawang terbentang
sepanjang pandang
Dalam sunyi kudus
mulia
murca kanda dibibir
kesumba
undung dinda
melindung kita
heran kanda
menajubkan jiwa
Dinda berbisik rapat
di telinga
lengan melengkung
memangku kepala
putus-putus sekata dua;
"kunang-kunang
mengintai kita"...
HARUM RAMBUTMU
Kupatah tangkai
kusuma kukucup
kendati mencari
wangi asli
cempaka tinggal
tergulai lampai
sayang tanganku
hendak mencapai.
Teja! hanya cempaka
ditayang daun
aneka bunga menutup
bumi
impian lama datang
mengalun
kerana kusuma
kenangan diri.
harum rambutmu
terasa ada
dalam bunga duduk
tersembunyi
suma mana ratna
mulia
kanda sibuk tengah
mencari.
Pohon rendah
dinaungi kemuning
puteri dilindungi
payung kembang
bunga adinda kencana
ramping
irama kusuma abang
seorang.
Wangi tertebar
membawaku ragu
mengembang abang ke
hari lampau
harum sepadan wangi
rambutmu
kalau terurai kita
bergurau.
Melur! duta rindu di
purnama raya
kawan sendu di sunyi
malam
ratna rupa di hulu
kemala
penambah manis jiwa
pendiam.
PADA SENJA
mengembara senda
pada senja
rama bermain dalam
cahaya
kusangka sempurna
dalam segala
sayap kemerlap
mengemas rupa
ditayang kembang
kelopak terbuka.
Dirinjau sinau
diliputi wangi
dijunjung tunjung
tangkai gemelai
berkobar-debar
berahi diri
digetar-gegar permai
terberai.
Kutangkap rama
berayun
kupetik bersama daun
kubawa kumuda warni
kurangkai di sisi
hati...
Matahari menunjuk
bentuk
aku lalu harilah
suntuk
rama kencana tinggal
tertunduk
puas belum cinta
diteguk...
Dunia segara duka
tiada cinta selama
muda
derita rama remaja
susah sepah
tersia-sia
BERDIRI AKU
Berdiri aku di senja
senyap
Camar melayang menepis buih
Melayah bakau mengurai puncak
Berjulang datang ubur terkembang
Camar melayang menepis buih
Melayah bakau mengurai puncak
Berjulang datang ubur terkembang
Angin pulang
menyeduk bumi
Menepuk teluk mengempas emas
Lari ke gunung memuncak sunyi
Berayun-ayun di atas alas.
Menepuk teluk mengempas emas
Lari ke gunung memuncak sunyi
Berayun-ayun di atas alas.
Benang raja mencelup
ujung
Naik marak mengerak corak
Elang leka sayap tergulung
dimabuk wama berarak-arak.
Naik marak mengerak corak
Elang leka sayap tergulung
dimabuk wama berarak-arak.
Dalam rupa maha
sempuma
Rindu-sendu mengharu kalbu
Ingin datang merasa sentosa
Menyecap hidup bertentu tuju.
Rindu-sendu mengharu kalbu
Ingin datang merasa sentosa
Menyecap hidup bertentu tuju.
DOA
Dengan apakah
kubandingkan pertemuan kita, kekasihku?
Dengan senja samar sepoi, pada masa purnama meningkat naik, setelah menghalaukan panas payah
terik.
Angin malam mengembus lemah, menyejuk badan, melambung rasa menayang pikir, membawa angan ke bawah kursimu.
Hatiku terang menerima katamu, bagai bintang memasang lilinnya.
Kalbuku terbuka menunggu kasihmu, bagai sedap malam menyiarkan kelopak.
Aduh, kekasihku, isi hatiku dengan katamu, penuhi dadaku dengan cahayamu, biar bersinar mataku sendu, biar berbinar
gelakku rayu!
Dengan senja samar sepoi, pada masa purnama meningkat naik, setelah menghalaukan panas payah
terik.
Angin malam mengembus lemah, menyejuk badan, melambung rasa menayang pikir, membawa angan ke bawah kursimu.
Hatiku terang menerima katamu, bagai bintang memasang lilinnya.
Kalbuku terbuka menunggu kasihmu, bagai sedap malam menyiarkan kelopak.
Aduh, kekasihku, isi hatiku dengan katamu, penuhi dadaku dengan cahayamu, biar bersinar mataku sendu, biar berbinar
gelakku rayu!
HANYA SATU
Timbul niat dalam kalbumu.
Terbang hujan, ungkai badai
Terendam karam
Runtuh ripuk tamanmu rampak
Manusia kecil
lintang pukang
Lari terbang jatuh duduk
Air naik tetap terus
Tumbang bungkar pokok purba
Lari terbang jatuh duduk
Air naik tetap terus
Tumbang bungkar pokok purba
Terika riuh redam
terbelam
Dalam gagap gempita guruh
Kilau kilat membelah gelap
Lidah api menjulang tinggi
Dalam gagap gempita guruh
Kilau kilat membelah gelap
Lidah api menjulang tinggi
Terapung naik Jung
bertudung
Tempat berteduh nuh kekasihmu
Bebas lepas lelang lapang
Di tengah gelisah, swara sentosa
Tempat berteduh nuh kekasihmu
Bebas lepas lelang lapang
Di tengah gelisah, swara sentosa
Bersemayam sempana
di jemala gembala
Juriat julita bapaku iberahim
Keturunan intan dua cahaya
Pancaran putera berlainan bunda
Juriat julita bapaku iberahim
Keturunan intan dua cahaya
Pancaran putera berlainan bunda
Kini kami bertikai
pangkai
Di antara dua, mana mutiara
Jauhari ahli lalai menilai
Lengah langsung melewat abad
Di antara dua, mana mutiara
Jauhari ahli lalai menilai
Lengah langsung melewat abad
Aduh kekasihku
padaku semua tiada berguna
Hanya satu kutunggu hasrat
Merasa dikau dekat rapat
Serpa musa di puncak tursina.
padaku semua tiada berguna
Hanya satu kutunggu hasrat
Merasa dikau dekat rapat
Serpa musa di puncak tursina.
PADAMU JUA
Habis kikis
Segera cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu
Segera cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu
Kaulah kandil
kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu
Satu kekasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa
Di mana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati
Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas
Nanar aku, gila
sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara dibalik tirai
Kasihmu sunyi Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara dibalik tirai
Menunggu seorang diri
Lalu waktu - bukan giliranku
Matahari - bukan kawanku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Setelah membaca blog ini, harap meninggalkan komentar, tentu yang bersifat membangun.